Tuesday, April 21, 2009

Bagaikan Oscar.




1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded

2. Make sure u take the pic n said it is from
- Juliet Jatuh Mati

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
  • Mak aku cakap dulu masa umur aku 4 tahun, aku suka tengok rancangan memasak. Budak lain tengok Jetman aku tengok Chef Wan dengan Jaafar Onn masak, waddafak.
  • Sampai sekarang pun aku masih tergilakan rancangan memasak, nak cuba semua resipi yang ada tapi kecewa bila "Oh look at those fat oozing out from the pork, with some thyme, basil and pepper,it would be great for the chicken marinade".
  • Aku tak boleh minum minuman yang ada susu untuk sarapan sebab perut aku sensitif, nanti toilet bowl Johnson Suisse jadi teman baik aku.
  • Tapi aku berdegil, aku suka minum susu segar, bukan yang penuh krim okay, tetap aku minum pagi pagi. Ah aku boleh suffer the consequences.
  • Perempuan berkaki panjang, runcing, curvy dan kecil memang turn on. Ada sorang jelitawan ni excuse, dia macam mana pun aku tetap idol. Tapi bukan macam ni la.
                                                                 panjang sangat ni...
  • Aku senang sangat berpeluh kalau makan makanan pedas atau panas, pedas sikit pun berpeluh tahu tak, jadi aku selalu elakkan makan makanan pedas kalau di majlis atau sedang bertemu janji. Kalau dengan family takpe, abah aku geng.
  • Aku suka habis dengan HobNob ni, setiap minggu balik Kolej mesti mahu ada kurang-kurang 3 bungkus. 
  • Aku sekarang kurang minat dengan ayam kecuali yang mama aku masak. Ini semua gara-gara aku terbaca satu artikel dalam Mastika bertajuk "Ayam Sekarang Mencurigakan". Okay aku tipu, aku tak terbaca, aku memang baca Mastika sebab ada orang rumah aku suka beli.It is well to read everything of something,
    and something of everything."- 
    Lord Henry P. Brougham.
  • Aku bukan lelaki tipikal aku rasa sebab aku tak minat sangat dengan bola, aku ada pasukan yang aku minat, tapi tidaklah fanatik sampai tahu nama penuh setiap ahli pasukan dan pergi tengok setiap match diorang.
  • Aku minat memancing. Ikan pertama aku dapat tangkap dengan pancing aku sendiri adalah seekor ikan patin berat lebih kurang 3.2 kilogram. Masa tu aku baru darjah 1, mana larat beb nak layan sendiri, abah aku la yang tolong naikkan. Aku tak tipu okay, sorry la takde gambar bukti. Ini aku mengaku, aku memang fanatik. Sapa ada fishing trip, meh la ajak aku. Sangap ni.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog)

* Rasa 
* Nak
* Buat
*
Carry
* On..

1 comment:

DropDeadJULIET said...

gilaaa lah kaki pompuan tuh.
and whts up with the cooking show? hahahhaha :P
mcm tak cayeeeeeeeeeeeee je!
anyway, u should watch rachel ray, sumpah bestt. mskn dye en, sume simple2, tp yummy2 ;9