Thursday, April 30, 2009

Late Night Snacking.

Kau orang rasa kan, antara kau orang punya bulatan kawan-kawan lah, berapa orang je yang makan keropok Belinjau ni? Siapa yang makan dan minat habis kat keropok Belinjau ni meh maklumkan kat aku. Boleh geng.

Aku tak tahu pulak Belinjau dan Susu Rendah Lemak adalah gandingan mantop untuk snek malam-malam macam ni. Terbaik bai

Hakikatnya, aku masih kosong dan tak berisi.

*Konon sekarang kau layan puisi lah pulak kan Khalid? Shuttup.

Sunday, April 26, 2009

Tak Tahu Lagi.

Tak tahu nak tulis apa lagi, kosong tak berisi sekarang ni.
Ha?

Apa-apa pun cuba kau orang tengok sini.
Meremang bulu-bulu aku..

heeeeeeee......

Thursday, April 23, 2009

Ini Ketagihan Baru.

Kaki-kaki idaman, igauan setiap lelaki. Eh ada ke lelaki lain yang hanya mengigau tentang kaki panjang, runcing, curvy dan kecil selain aku?

Macam mana tak jatuh hati?

Isk.

Tuesday, April 21, 2009

Bagaikan Oscar.




1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded

2. Make sure u take the pic n said it is from
- Juliet Jatuh Mati

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
  • Mak aku cakap dulu masa umur aku 4 tahun, aku suka tengok rancangan memasak. Budak lain tengok Jetman aku tengok Chef Wan dengan Jaafar Onn masak, waddafak.
  • Sampai sekarang pun aku masih tergilakan rancangan memasak, nak cuba semua resipi yang ada tapi kecewa bila "Oh look at those fat oozing out from the pork, with some thyme, basil and pepper,it would be great for the chicken marinade".
  • Aku tak boleh minum minuman yang ada susu untuk sarapan sebab perut aku sensitif, nanti toilet bowl Johnson Suisse jadi teman baik aku.
  • Tapi aku berdegil, aku suka minum susu segar, bukan yang penuh krim okay, tetap aku minum pagi pagi. Ah aku boleh suffer the consequences.
  • Perempuan berkaki panjang, runcing, curvy dan kecil memang turn on. Ada sorang jelitawan ni excuse, dia macam mana pun aku tetap idol. Tapi bukan macam ni la.
                                                                 panjang sangat ni...
  • Aku senang sangat berpeluh kalau makan makanan pedas atau panas, pedas sikit pun berpeluh tahu tak, jadi aku selalu elakkan makan makanan pedas kalau di majlis atau sedang bertemu janji. Kalau dengan family takpe, abah aku geng.
  • Aku suka habis dengan HobNob ni, setiap minggu balik Kolej mesti mahu ada kurang-kurang 3 bungkus. 
  • Aku sekarang kurang minat dengan ayam kecuali yang mama aku masak. Ini semua gara-gara aku terbaca satu artikel dalam Mastika bertajuk "Ayam Sekarang Mencurigakan". Okay aku tipu, aku tak terbaca, aku memang baca Mastika sebab ada orang rumah aku suka beli.It is well to read everything of something,
    and something of everything."- 
    Lord Henry P. Brougham.
  • Aku bukan lelaki tipikal aku rasa sebab aku tak minat sangat dengan bola, aku ada pasukan yang aku minat, tapi tidaklah fanatik sampai tahu nama penuh setiap ahli pasukan dan pergi tengok setiap match diorang.
  • Aku minat memancing. Ikan pertama aku dapat tangkap dengan pancing aku sendiri adalah seekor ikan patin berat lebih kurang 3.2 kilogram. Masa tu aku baru darjah 1, mana larat beb nak layan sendiri, abah aku la yang tolong naikkan. Aku tak tipu okay, sorry la takde gambar bukti. Ini aku mengaku, aku memang fanatik. Sapa ada fishing trip, meh la ajak aku. Sangap ni.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog)

* Rasa 
* Nak
* Buat
*
Carry
* On..

Sunday, April 19, 2009

Hilang Kawalan

"Semalam kau kuar malam kau makan apa?"
Eh apahal abah aku ni tiba-tiba tanya aku makan apa pulak kan, aku bermonolog inside.
"Makan char kuay teow terbaik Mali's lah bah, kenapa?"
"Tolong la along, jangan la makan malam malam dah.."
"Makan before 12 ke?"
"Tak! Lepas pukul 9 jangan makan dah!"
Eh apahal lak tak boleh makan lewat malam dah, itu dah jadi rutin harian aku saban hari, tiada heavy supper, mmg tak lengkap hari aku, tak boleh tidur jadinya, aku ni Jughead Jones Ampang-dale tahu tak, aku bermonolog lagi.
"Kau tengok badan kau tuh dah gemok melampau-lampau dah, kau gi tgk gambar abah masa umur kau, ada ke macam tuh?",


Yakin diri aku jatuh tergolek dok malam tu. 
Penipu lah semua yang cakap aku kurus tu.

Saturday, April 11, 2009

Muka-Muka

"Saya nak check kenapa..." ,
"Bro, in english please" (muka paling ketat),
"Oh, (muka dah merah padam) sorry. I just want to check with the department why I cant access my course registration form.",
"Haa, kan ok you cakap english, kenapa tak cakap english dari tadi?" (muka separa menganjeng)

eh cilakak kau ni.

Sunday, April 5, 2009

Jangan La Macam Ni.

Aku ada sorang kawan ni. Aku baru taw yg dia tak suka aku dari zaman sekolah. Aku tak taw la kenapa dia tak suka aku kan. Mungkin sebab aku tak setaraf dia kot. Mungkin dia tak suka tengok muka aku kot. Mungkin aku tak layak berkawan dengan dia kot. Atau apa apa kemungkinan yang mungkin la. Aku tak faham kawan aku sorang ni. Aku tak tahu la kan, tak pernah pulak aku rasa aku pernah buat masalah dengan dia. Tak pernah pulak kan aku gi pecahkan tingkap rumah dia. Tak pernah pulak kan aku calarkan kereta mahal yang diubahsuai dia. Tak pernah pulak kan aku rampas awek dia. Setahu aku lah kan, aku layan dia macam mana aku layan kawan kawan aku yang lain. Aku berusaha sedaya upaya untuk tak mengecewakan dia dalam apa apa benda aku buat pun. Aku jaga perasaan dia baik baik. Dia pernah sakitkan hati aku beberapa kali pun aku tak berdendam. Aku still cool sebab aku fikir kau kawan. Aku layan kau macam kawan. Aku tolong kau bila kau mintak tolong.

Tapi sebenarnya kau taklah se'kawan' yang aku sangka. Kau boleh pulak cakap belakang pasal aku.Kau cakap aku itu  ini. Aku tak tahu la kan, tak pernah pulak aku cerita kat kawan kawan aku keburukan kau, kalau niat kau nak balas dendam. Cerita akan sampai kat telinga aku jugak macam mana pun. Tapi orang cakap belakang pasal kau, ada kau tahu? Kau rasa lah kan orang semua suka kau? Tabik hormat respek kau la? Itu yang kau salah, fikirlah kenapa tiada cerita tentang keburukan kau tiada yang sampai ke telinga kau? Mungkin sebab orang macam kau, nak berubah, peluangnya amat tipis, mungkin. Jadi tiada siapa pun yang peduli untuk tolong mengubah kau. Kau dah tiada harapan. 

Kalau tak suka aku, datanglah jumpa aku. Cakap depan muka aku kau tak suka aku, kenapa kau tak suka aku. Jangan lah cakap kat belakang. Kalau member tahu kan kena gelak member cakap belakang member. Tak susah pun nak cakap depan, pernah ada sorang kawan aku, memang lelaki la datang jumpa aku cakap tak puas hati dengan aku. Selesai dengan mudah, aku dengan dia dah kawan baik. Tak susah, mari la jumpa aku kalau kau baca nukilan aku ni.

Kawan, kau orang jangan risau. Aku tak pernah tak suka kawan kawan aku, aku sayang semua kawan aku. Tak kisah la kau orang macam mana pun, kalau kau orang perlukan pertolongan, selagi aku mampu, aku tolong. Kau orang kan kawan aku.

Jangan la makan kawan. Nanti kita pulak yang kena makan balik.

Penuhi Hari Kau dengan Puji-Pujian.

Video agak panjang dan penantian itu satu penyiksaan. tapi peduli apa aku, kau orang kena tunggu load jugak.
(ini untuk pelanggan perkhidmatan internet yang lembab.)

eh berbaloi la.