Thursday, December 18, 2008

Penakut

Dahulu ketika aku masih dalam fasa muda keanak-anakkan aku cukup gemar membaca buku buku seram murahan seperti Mastika(ye Mastika dulu adalah sebuah buku, majalah maybe yang kebanyakan ceritanya berkisarkan kisah mistik dan seram, bukan macam Mastika sekarang, aku malas nak terangkan), Pesona dan buku buku seperti Tekong Nightmares, Taxi Nightmares, dll.

Pergi sahaja kedai kedai buku seperti Pustaka Rakyat dan Popular (zaman itu aku masih tak kenal Kinokuniya dan Borders) bersama parents aku, aku akan pulang dengan buku buku bergenre sebegitu, guna duit mak bapak aku obviously, aku belum layak untuk bekerja dan memiliki duit sendiri, wallet pun takde lagi masa tu.

Hasilnya, aku jadi seorang yang penakut, tidur malam aku sering diselubungi kerisauan.
Ditambah lagi dengan minat aku mendengar pengalaman menakutkan orang orang tua, pakcik pakcik aku dan bapak aku tak terkecuali.
Ini lebih menakutkan kerana terjadi pada orang orang yang rapat dengan kita, dan otak penakut aku akan membuat kesimpulan, perkara yang sama akan terjadi pada aku. Oh no.

Ada satu cerita aku baca dalam Pesona, (ada lagi ke majalah ni?) tentang seorang lelaki yang di geletek jari kakinya oleh jenazah yang disempurnakan pada siang harinya,

Aku terlalu percaya dengan cerita itu, aku takut, aku paranoid.

Tiba waktu tidur, aku akan bina kubu bantal sekeliling aku dan paling penting tutup kaki aku dengan selimut tanpa ada ruang untuk udara masuk.
Aku takut akan ada jari jari menceroboh masuk melalui lubang lubang udara tersebut dan bermain dengan jari jari kaki aku. Aku cukup takut..

Ini lagi satu, aku cukup benci kalau disuruh kunci main gate pada waktu malam. 
Imagine..
rumah kedua hujung di atas bukit,
rumah jiran kiri dan kanan tiada berpenghuni,
sebatang pokok besar berusia mungkin puluhan tahun di hadapan rumah,
tiada lampu jalan, hanya lampu dari dalam rumah dan..
otak yang penuh dengan cerita langsuir, toyol, pocong, polong, mayat, dll

Pelajar sekolah rendah mana yang tak takut beb.

Tapi aku pelik, aku tak pernah sekali pun terserempak dengan mana mana entiti seram yang dimaksudkan. Bukannya aku mintak ditemukan dengan entiti seram sebegitu, cuma aku rasa aku perlukan pengalaman jikalau aku betul berpeluang ditunjukkan entiti seram tersebut, aku tahu apa yang perlu dilakukan.

Macam mana lah kan..





3 comments:

bha.omar said...

me too!!
paranoid smcm.
kehkehkeh.
n khalidd.
dun u wish.
nnt dpt tau!

Anonymous said...

bersama-sama boikot mastika sekarang. p[enuh dengan karut marut.
oh kekhalid. ape singa biri-biri ni. dulu sebok kutok twilight.

AyuArjuna BiGoshh said...

yo lah khalid....kena takut tuhan dulu...tu yg ptg...