Jadi aku nak buat ini, korang pun cubalah!
- Cari seberapa banyak pokok yang boleh dipanjat dan panjat bersama-sama pasangan anda.Panjat setinggi yang boleh.Tangkap gambar sebagai bukti. Pedulikan apa orang lain nak cakap.
- Pergi ke mana mana rangkaian kedai buku utama bersama pasangan anda.Tinggalkan nota di dalam buku kegemaran anda, tentang apa-apa topik rawak untuk pembaca seterusnya.
- Arahkan pasangan anda menyarungkan kostum hantu, tak kisah la hantu apa pun, dan anda pakai kostum Pacman. Jalan di sekitar kawasan downtown (maaf, aku tidak tahu di manakah kawasan downtown sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor) dan bila ada orang terlihat kamu berdua, berlagak malu dan lari sambil menjerit "wocka wocka wocka"
- Cipta sebuah gambar bukti tipu anda menjelajah ke tempat tempat tertentu, dimana perkara tersebut tidak pernah berlaku.
- Pakai kostum Superheroes. Aku cadangkan Superheroes yang mempunyai pasangan perempuan dan cuba tumpaskan satu jenayah kecil. Cth: Membuang sampah merata rata. (maaf, mungkin penggunaan perkataan "tumpas" agak keterlaluan.)
- Bina kubu dari selimut dan perabot. Isytihar perang dengan kapal terbang kertas.
- Lawat seberapa banyak kenalan dan rakan dalam satu malam. Terbalikkan seberapa banyak barang dalam rumah mereka tanpa mereka sedari.
- Pergi ke lapangan terbang dan beli tiket penerbangan yang paling awal ke mana mana destinasi. Tinggal di situ semasa hujung minggu. (disyorkan untuk yang berpoket penuh)
- Cipta sebuah karya, sebuah karangan, cerpen atau puisi bersama-sama di luar sebuah kafe. Tiada idea? tanya sahaja mana-mana orang yang tidak dikenali.
- Pakai pakaian berjenama, pakaian designer labels disyorkan. Berlagak sebagai pasangan baru lepas berkahwin. Uji pandu kereta paling mahal di semua cawangan menjual kereta di kawasan anda.
- Berlagak sebagai seorang pelancong di kawasan kediaman anda. Macam mana nak jadi pelancong? Ini dia.
- Pergi ke mana mana pantai peranginan selepas tenggelamnya matahari. Bersarapan dan konon-konon tertidur bersama-sama. Jangan lupa sun umbrella.
- Memandu ke bandar yang anda tidak pernah pergi. Makan malam di destinasi dan jangan dunakan nama sebenar.
- Tonton apa-apa perlawanan sukan, bercerita tentang betapa teruknya diri masing masing dalam sukan. Sokong kedua-dua pihak. Makan makanan ringan dengan banyak.
- Jalan di sekitar bandar berbekalkan sekotak kapur tulis. Lukis bentuk hati dengan formula matematik di dalam. Lukis di atas mana-mana permukaan yang boleh dilukis.
- Cari kamera sekuriti di sekitar pusat membeli belah ataupun mana mana bangunan. Berlakon di depan kamera. Selitkan unsur unsur dramatik keterlaluan kalau boleh.
- Berbekalkan sepasang but dan kamera. Cipta sebuah fotolog bertajuk "Sehari bersama Encik Halimunan".
- Jalan di sekitar bandar pada waktu malam, dan bersarapan pada waktu subuh.
- Pergi ke sebuah restoran, yakinkan si tukang masak untuk masakkan anda sesuatu yang baru yang tiada dalam menu. Jangan terima tidak sebagai jawapan.
- Sewa atau beli atau download satu movie yang kamu berdua tidak pernah tonton. Setkan kepada mute dan cuba tafsirkan dialog si pelakon.
4 comments:
Khalid. Ini genius.
ini saya suka, sumpah
MUYA, HEHE
Ini sangat seronok doh khalid!
Post a Comment