Sunday, June 14, 2009

2 Cerita.


Cerita #1
Tadi lepas aku pulang dari sembahyang wajib penghulu segala hari, masuk lorong rumah aku, betul betul depan rumah aku, aku nampak satu gergasi kuning. Gergasi kuning yang telah menjadikan aku seorang yang kurang siuman. Kurang siuman bila ternampak satu. Gergasi bernama Skyline R34.

Sekejap terlintas yang doa aku kat Tanah Haram dah termakbul. Ye lah, setiap kali lepas solat Fardhu atau semasa Tawaf, atau semasa Saie', atau semasa sembahyang di Hijr Ismail, ah senang cerita semua tempat makbul doa lah. Mesti aku berdoa nak satu mesin gergasi ni. Ha ha ha

Aku excited kejap ingat dah termakbul.
Apa bodoh ingat Tuhan nak bagi benda senang macam tuh? On second thought.
Aku kecewa.

Sudah dengan angan angan aku.

Tapi kereta tu sekarang tengah halang jalan aku nak pegi parking.
Aku hon lah sekali, seorang lelaki melayu keluar dari bengkel depan rumah aku.
Angkat tangan kat aku, aku buat muka "kau-naik-R34-pun-tak-bermakna-kau-bole-parking-sesuka-hati-mak-bapak-kau".
Aku tahu aku cemburu.

Dia tekan alarm nak bukak lock kereta, tak bunyi. Ok takpe mungkin alarm rosak.
Bukak kunci secara manual. Masuk kereta. Start enjin.
Belum tekan minyak, bunyi dari muffler dah gegar kereta aku. Takpe sabar, aku masih belajar.
Kau tunggu.

Siri Skyline R34 tiada transmisi automatik, jadi semua transmisi manual.
Jadi untuk seseorang yang memiliki sebiji R34, tiada masalah aku rasa nak mengimbangi antara clutch pedal dan minyak.
Aku rasa.
Tapi apa yang aku rasa tak terasa seperti apa yang aku rasa.
R34 tersebut terhenjut ke depan. Enjin mati.
Aku, bapak aku, adik-adik aku tergelak macam orang hilang akal. Hilang habis aku rasa pahala sembahyang dan khutbah Jumaat tadi.

"Sah kereta pinjam", bapak aku kata.

Cerita #2.
Bengkel sama. Ada satu kereta Wira 1.6. Tipikal modifikasi oleh lelaki-lelaki melayu tipikal yang suka modifikasi kereta-kereta nasional tipikal.
Persetan modifikasi itu.
Pelekat di cermin kereta yang bukan main banyak yang menjadi cerita utama.
Hijau Merah Kuning depan belakang, PEKIDA, SAHABAT sini sana.
Ada pelekat kalimah "Lailahaillallah" lagi.
Tapi aku pergi sembahyang Jumaat dan masa aku balik kereta itu masih di tempat yang sama.
Aku tanya bibik aku, memang kereta itu ada dari masa aku pergi hingga aku balik.
Kerana ada sebilangan orang macam ini, rosak reputasi persatuan-persatuan tersebut.
Fikirlah.

Niat bukan hendak menyinggung mana-mana pihak. Cuma memberi peringatan.


Dan orang yang pandu R34 tu baru aku perasan, empunya kereta Wira tu.

4 comments:

aiman rozali said...

ak rase dye neves sebab tengok cahaye keimanan ko la kaled dats wy dye huru hara sampai trenjut mesin gergasi dye..

NisaKhirudin said...

hahaha, doa terus makbul, ya? HAHAHA. agak agak la. nisa pun nak pergi doa kurus lah. tengok apa jadi.

Khalid Zainal said...

mungkin lepas doa, nisa tertidur, ble terjaga..
jeng jeng jeng.......

Sabrina Anuar said...

ahahaha sumpah bodoh okay mamat tu hahaha