Monday, June 15, 2009

Kenapa Aku Tak Kisah Menetap Di Sana.



Sana panas memang panas, kadang-kadang mencecah 40degree. Tapi panasnya panas yang kering, tiada berpeluh macam Malaysia. Minum banyak air
and you'll be fine.

Aku tak perlu risau nak pakai apa hari-hari. Sarung jubah dah cukup, sebab semua orang sama. Tiada orang berfesyen, tiada yang judge melalui cara kita berpakaian dan tidak akan ada fashion crime.

Semua orang islam yang aku jumpa, semua sangat peramah, murah dengan senyuman dan salam. (please, exclude the Arab and Malaysian, ini nanti aku cerita kenapa). Yang pemurah dengan senyuman dan mesra ni kebanyakannya orang dari Bangladesh dan Indonesia. Tengok kat Malaysia how we treat them? Aku tak suka tengok cara pendatang asing di Malaysia ini dilayan, di kedai-kedai mamak selalunya. Mereka juga manusia, apa hak nak layan mereka macam taraf mereka terlalu rendah?
Aku suka persamaan taraf untuk semua bangsa yang ada di sana. Tiada prejudis bangsa. Tiada racism. Semua pun sama.

Di sana, nak buat dosa pun akan difikirkan berpuluh-puluh kali, nak tinggal sembahyang apatah lagi. Bayangkan, segala kebaikan dilipatkaligandakan pahala sebanyak 100 ribu kali, begitu juga dengan kejahatan.
Susah nak berbuat dosa di sana, bagi aku. Takut. Takut tak nampak Kaabah, takut tak jumpa jalan pergi masjid.
Macam-macam boleh jadi. Itu Tanah Haram.
Senang nak beribadat di sana. Bila nampak Kaabah, nampak Masjidil Haram, semangat hendak beribadatnya lain. Seperti kau dah nampak apa yang dijanjikan Allah untuk umatnya yang menyembahnya. Bila benda dah ada depan mata, mesti kita akan lebih berusaha nak dapatkannya kan?

Aku suka tengok masjid yang sentiasa penuh dengan orang. Rasa nak duduk dalam masjid tak nak keluar.
Masjidnya sejuk berhawa dingin, kalau dahaga, air zamzam disediakan, memang selesa.
Itu sampingannya, tapi aku memang betul suka masjid yang penuh dengan orang setiap solat fardhu macam solat Aidilfitri. Bagus kan kalau kat Malaysia macam tu.

Macam-macam benda aku tak makan lagi aku rasa selama aku kat sana. Tapi berdasarkan makanan yang aku nampak dan yang aku dah rasa, tiada yang mengecewakan. Satu hari aku makan benda yang sama 2 3 kali pun aku tak rasa jemu. Mungkin kerana terlalu panas, kita mudah lapar, jadi semua pun sedap mungkin.

Masa ziarah aku ke Baitullah, kerja aku makan, sembahyang, baca Al-Quran, tidur.
Aku rasa tak kahwin pun takpe kalau hidup aku macam itu je. 100 ribu kali ganda bai, mana nak dapat? Peluang nak cium bau syurga pun tinggi. Insh'Allah.

Tapi orang kata "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri."
Itulah, apa yang aku maksudkan di sini, jika diberi peluang, memang aku akan pilih untuk menetap di sana, tapi akan tetap pulang ke Malaysia.

Tapi nak makan apa kalau tak kerja. Mana nak dapat duit. HAHA

5 comments:

zelo55 said...

aku suka cara ko tulis...
ak harap ade pluang mcm ko gak...
pegi mekah...
nak sgt...
tp masa aku blum smpai agknya utk ke sana...
nk alami ape yg ko alami..

ho3!

ko dah xleh clubbing dah...ha3!

Khaleeqa Idrus said...

Seronoknya dpt peluang ke sana. Untung you, Khalid :) and alhamdulillah you selamat pegi dan pulang.

Juno said...

kaled.nnt ko pegi lg,tgk2,kte jmpe lg kt dpn kaabah tuh.hahaha.
time tu ko pkai ihram ke?ak x perasan plak.hahahahaha

Sizuka said...

i wish i could be there even once:)

thia said...

hahaha~ade orang tuu.. sombong glerr kat sane.. lalala..harap leh g sane lagi~ jum pegi lagi awakkk :))