Monday, July 16, 2012

Melayu #1

Bebeberapa hari lepas, aku pergi melawat Jalan Tunku Abdul Rahman. Bree nak cari tudung, untuk mak dan adik dia, sebab ada wedding keesokannya. Biasalah, anak perempuan mithali kan, untung aku.

Jam menunjukkan pukul 9.43 malam. On a Wednesday.

Weekdays kan, memang hampir kebanyakan kedai dah tutup kan, biasalah, bukan ada pelanggan sangat malam malam kalau bukan hari minggu. Aku tunggang motor aku perlahan - lahan menysuri Jalan TAR dengan Bree membonceng di belakang. Dari jauh aku lihat, hanya satu kedai yang masih beroperasi, aku bagi isyarat, naik atas curb terus parking depan pintu kedai.

Aku dengan Bree pun masuk. Aku mengharap disapa dengan "Selamat Datang" ataupun "Welcome".
tapi perempuan Melayu di sebalik kaunter bayaran, sapa kami berdua dengan "Cepat sikit kak, kami nak tutup dah ni" didahului dengan bunyi berdecit seolah menyampah mungkin.

Aku senyum dan mengangguk, tapi tahulah perempuan kan, mana la nak reti pilih cepat cepat. Lain la lelaki, masuk, amik, bayar, blah ( MABB ).

Sambil Bree aku memilih tudung, selang 10 saat, ini yang aku dengar " Cepat sikit Kak, kami nak tutup dah ni" " Kak kami dah lambat sangat dah ni ". Menjengkelkan

Kami ni pelanggan, kalau aku pemilik kedai, walau aku dah kunci dengan mangga sekalipun kedai aku, kalau ada seorang pelanggan nak beli walau sehelai tudung, dengan senyuman aku akan bukak balik kunci mangga dan wahai pelangganku, take your own sweet time, kau pelanggan aku, kau rezeki aku, tanpa kau tiada kedai aku.

Ini tak.

Memang menjengkelkan, tapi kerana terpaksa, aku pekakkan telinga, Bree aku habis pilih dan bayar ( sambil aku membebel kat dia suruh cepat ).

Dah 3 kali dah aku kena dengan tauke kedai Melayu yang perangai macam ni. Nanti aku cerita post lain.

Sambil aku pakai helmet nak berambus, ada 2 family nak masuk kedai yang sama. Kali ni, mereka dihalang. Rezeki tu, kenapa dihalang.


No comments: